-->
skip to main | skip to sidebar
NanaChew's blog ♥
welcome and drop ur comments here. with love, liyana

♥ penjejak ♥

pandanglah pasanganmu sebagai kesempurnaan


ade jumpa dlm 1 website ni :

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu ?

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami : Emmm…Baiklah

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing.

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka.

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku.. Bacalah. .

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula.

Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.

Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG.

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya. Memohon keampunan.

p/s : Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang. bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedua2nya berguguran dr celah jari tangan keduanya.

(hadith riwayat : Rafii)



1 komen kat sini !

makna hadiah buat yg tersayang


diambil dlm 1 website nih. cer tengok :

jam tangan
tanda mengingati setiap masa dan waktu

cincin
tanda ikatan kasih yg abadi

gelang
tanda mesra

rantai leher
tanda cinta yg perlu perhatian

subang
tanda penghargaan dan penghormatan

kasut
sentiasa mengambil berat dan prihatin

pakaian @ kain
semoga kasih berkekalan dan dekat selalu

payung
tanda kasih dan sentiasa ingin dilindungi

minyak wangi

tanda cinta

bingkai gambar
sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan

buku
bersifat terbuka dan tolak ansur

bunga
tanda perkenalan dan tanda sayang

coklat
semanis cintamu

lagu / cd / kad ucapan

mengabdikan cinta

sejadah dan alquran
tandanya kekasih itu menyayangi dunia dan akhirat

p/s --> kalaulah saya dpt yg last tuh, bahagianya ..
0 komen kat sini !

♥ owner ♥

Nur Liyana (Nana Chew)
17 July 1990
graduate-diploma in Law
love singing, reading, watching movies
now degree student
cat lover

♥ chat cini ♥

please chat nicely. TQ

♥ segala cerita ♥

  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (43)
    • ►  November (1)
    • ►  October (20)
    • ▼  September (2)
      • pandanglah pasanganmu sebagai kesempurnaan
      • makna hadiah buat yg tersayang
    • ►  August (5)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (28)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (4)
  • ►  2009 (28)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)