-->
skip to main | skip to sidebar
NanaChew's blog ♥
welcome and drop ur comments here. with love, liyana

♥ penjejak ♥

Pengumuman...!!!

kpd sume...!!!!
followers kuh...!!!

hahahaahah!!!!!
ni nana nk bitaw....
wt mase nih...
nana malas nk mek port sal blog nih....

t biler hti dh terbukak balek....
baru nana posting citer bru....
insyaallah...
sebelum account nih mati dengan sendirinya...

hahahahah!!!

0 komen kat sini !

boring..!!

boring ngn blog nih...
tataw nk post citer pe...
ln kali la bile de idea....

bye..!!!!!!!!!!!
1 komen kat sini !

aku,dia dan kamu...





p/s--> retak menanti belah...~azie~

2 komen kat sini !

dugaan Tuhan...


Sakit. Tatkala ia datang, memang memeritkan Tetapi apalah daya kita untuk menolak kehadirannya. Cuma, sebagai hamba kita hadapi dengan segala daya yang ada. Berusaha tak pernah kenal jemu untuk mencari penawarnya. Segala-galanya kita, datang dan balik mesti ke pangkuanNYA semula..

Sakit itu kita tdk pernah pinta
Apatah lg dihntar oleh org yg x disangka
Jemu & kecewa pernah dirasa
Tp itu bukan penyelesaiannya
Benar katamu
Hnya Allah plg berkuasa jua penentu
Mga dgn kesakitan itu
Allah kurangkn dosa lalu
Mga jua Allah permudahkn urusanmu
Jua mengingati diri sendiri

Wahai hati..
tabahlah
Tanpa rasa keluh kesah

Kerna Allah lebih tahu
Dr apa yg kita tahu


2 komen kat sini !

Kubur memanggil 5 kali sehari...

aku TAKUT...

MySpace

bacela ape yg aku post ni....

KUBUR MEMANGGIL KITA 5 KALI SEHARI

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan “Laa
ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah” supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Mati sakit tua
Mati semasa tidur
Mati selepas solat
Mati melahirkan anak
Mati tak dapat bernafas
Mati sakit dada
Mati sakit jantung
Mati demam denggi
Mati barah otak
Mati leukimia
Mati ditimpa pokok
Mati disambar petir
Mati terkena eletrik
Mati bangunan terbakar
Mati kelaparan
Mati kehausan
Mati termakan racun
Mati disihir ilmu hitam
Mati kapal terbang terhempas
Mati kemalangan kereta
Mati feri karam
Mati jatuh motosikal
Mati dilanggar lori
Mati jatuh dari bukit
Mati jatuh dari bangunan
Mati jatuh ke lubang dalam
Mati dalam tsunami
Mati dalam puting beliung
Mati dalam banjir
Mati lemas di sungai
Mati lemas di laut
Mati selepas dirompak
Mati selepas diculik
Mati ditembak
Mati dipukul orang
Mati ditetak
Mati disembelih
Mati ditikam
Mati dalam letupan (perangan)
Mati disiksa (perang)
Mati dibaham harimau
Mati ditelan ular sawa
Mati dipatuk ular tedung
Mati dibaham jerung
Mati dibaham buaya

p/s --> walau macam mana pun cara kematian kita...... sudah pasti dan siapalah kita untuk menidakkanya.....kan...betul tak kwan2...????Tak kan nak kata salah kot...
tak sedarkah kita yang malaikat maut memandang kita beberapa kali sehari..???
0 komen kat sini !

tension kah aku..??

nothing to post...
kenapa la aku rase cm tensen yg teramat...
spnjg cuti nih...
aku pon x taw nk explain cane..

bile aku search kt tenet nih...
aku jmpe la sal tips-tips nk ilang kn tensen...
nk hepikan hati yg tgh sakit...

Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri .

Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang

Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari

Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda

Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

Hati Mesti ‘Keras’

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya

p/s--> amat sukar bagiku utk memaafkn kslhn org ln..














1 komen kat sini !

cute..!!

comel la budak nih.

.

p/s--> suke tgok die nyanyi...
0 komen kat sini !

flash back...

meh aku nk post pic2 aku mase zmn sekolah dlu.mase lawan nasyid peringkat daerah n mase aku wakil johor g sarawak....mmg besh..!!!!!!!!!!

hohooo...solo beb...
aku dlu pon aktif tarannum...dr form 2 smpi form 5....smpi peringkat negeri je msti sangkut..
mak aihhh...

bersama pemidato sekolah....

kami wakil Kluang dn also wakil johor ke Sarawak 2007..!!

kat Dewan Bandaraya Kuching Selatan...

p/s--> kalau dpt ulang balik semua nih..alangkah seronoknyer....



0 komen kat sini !

final exam mariii...

mak aihh..tensen deh...26 hb ni dh start final exam..

MySpace

kenela aku study lbih sikit..tp xde la hard sgt..mlm2 kne la stay up nampknyer...

MySpace

sem ni nyer subjek mak aihh..ssh giler uh...tkot gk nk target..bile ingt pointer jth seyhh...sem 1 dpt 3.31..sem 2 dpt 3.29...down tuuuu..sedih tol..sem ni lg laa...x leyh r nk target lbih..pape pon..aku kne usaha...chaiyok3..!!

MySpace

ha...sbjek yg aku tkot undang-undang kontrak...samela ngn undang-undang syarikat gk..fakta woo..x leyh nk menipu mase exam..kihkih..!!

buku ni haa...byk sgt akta nk kne ingt..adoii..pening pale uh..!!
x perlaa..blaja mmg ssh...
apepon...doakn yg trbaek utk aku jwb final exam ni nt..!!

p/s-->ssh cane pon...itula yg dnamakan kehidupan...


0 komen kat sini !

will mish my cat..

aiyooo....
esok dh lek kolej...nek bas pg kol 10.30..but early in the morning ikot my parents anta adk kt batu pahat...adoiii...t dh lek..rindu la kt kucing ksygn aku nih.

.MySpace

kalau korang nk taw....aku adore sgt ngn kucing....budak2 tecik....i like them so much uh..ni die my tom...


nt 4.11 baru aku balek jmpe die ni lg...will miss u,tom...!!

p/s-->sy sayang kucing sy..!!



1 komen kat sini !

curik-curik on9..

aiyarkkk..!!!
skang ni ade kt unit ict kolej....
lecturer kt blakang aku dok un9 kt depan..
haha..!!
apepon..minggu ni bz ngn assigment n so on...
2 minggu lg dh final exam...
tensen deh...
adoii...
yg penting...
minggu ni cti deeepavali..
aku lek johor..
misz my home u know..!!!

p/s--> T kt umah aku posting citer baek punyer...tggu ye korang...
broadband aku kt sini slow seyh...mlm2 sikit bru dpt line...tensen ah..!
1 komen kat sini !

rahsia personaliti anda

Sekadar nk ilangkan rase keboringan melampau yg melanda diri aku ni...

aku surf tenet,jumpela sal artikel nih..tp jgn la cye sgt...sekadar penghibur hti je ukeyh..!!
kite check it out sesamer yer..!!



23 hingga 1hb Januari - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25 Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1 Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21 Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24 Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26 Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24 Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23 September - Olive
24 September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24 Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22 November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22 Disember - Teal Merah

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

KRIM

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

MERAH JAMBU

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja bersangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

EMAS

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

MAROON

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting.

UNGU

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

WARNA BUAH LIMAU (LIME)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit

WARNA BUAH ZAITUN

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

BIRU KEHIJAUAN (AQUA)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.



p/s--> Nilai la diri anda di sini yer..!! kihkih..!!



1 komen kat sini !

kuih oh kuih...

Hr ni penat betol..dr pg td wt kuih raye.nk taw kuih per..?cheese cake wooo..!!! penat jgk la hr nih...sbb kuih ni leceh giler nk wt.cerewet yg amat...aku tlg wt dr pg td..ptg td bru ciap wooo...penat yg sungguh2 penat...

MySpace

Korang nk tgok x procedur2 nyer..??kihkih..x byk pon yg aku sempt snap pic nyer...ni adunan pastri nyer.....

Ni plak adunan yg kne bubuh kt acuan nyer...kne nipis2 jer sbb t nk kne letk jem nenas kt tgh n pastri yg kt ats nih....

haaaa..!!!! leceh taw nk wt kuih ni...nk kne wt 1-1...mak aihhh...tensen gk td smpi ngntok2 wooo...!!

MySpace

Ni lak jem nenas yg kne letak kt tgh2...


Hohooo.....!!!! nk tgok kesudahan kuih ni..???? mcm ni la jdnyer slps dibkr...yummy..!! pd kengkawan...kalau de baki t aku bwk lek Melaka yer..!!! kihkih..!!
jumpe d posting yg ln yer..!



MySpace

p/s-->kalau korang wt kuih rayer..posting la citer yer...




0 komen kat sini !

kemalasan melampau...

aiyarkk..!! dh lamer x update blog nih...malas giler ahh skang...adoyaiii....
MySpace
x taw nk post citer sal per...ni bru lek dr melaka mlm td kol 12 mlm bru sampai...pitok pale ni ha..........
MySpace
kpd kengkawan duus 3c & sume student perundangan KUIM SEM 3 yg x sempt nk bermaaf-maafan tuh...i'm so sori...!!! x smpt..!! maaf zahir batin..kire 0-0 la yer korang..!! nk raye ni..pd yg x lek raye...x mor cedih2 aw..!! byk kn sabar..
MySpace
Adoii..x taw nk tulis pe lg....t la tggu aku post citer baru ea..!!
MySpace


p/s--> camat hr raye aidilfitri..!!

0 komen kat sini !

Ramadhan datang lagi....


Ramadhan dtg lagi....mlm ni semua fmily aku g menunaikn solat terawih kecuali aku ats sebab-sebab yg x dpt dielakkan..

MySpace

Azam aku puase thn ni...aku nk muhasabah diri sikit..maklumlah..aku manusia biase yg x pernah terlepas dr melakukan dosa..dosa yg terlalu banyak...kekhilafan hari2 yg berlalu mengajar aku mengenal Tuhan dgn lbih dekat...sentiasa bersama ketika ssh dn senang...aku sedih bile mengenang kn kembali dosa2 yg dh berlalu....takut dgn seksaan yg mendatang....pintu taubat sentiase terbuka...hanya menunggu aku sedar akan semua ni...aku sedih...takut..

MySpace

Alhamdulillah....bulan Ramadhan ini punyai byk fadhilatnya...Tuhan jgk menyuruh hamba2 nya memperbanyakkan amalan pd bulan ini...InsyaAllah..itu yg akan aku laksanakan...

p/s--> bertaubatlah sebelum terlambat....








3 komen kat sini !

back to college..??

MySpace

arggghhh!!

hurm..esok dh kene balek kolej..setelah hmpir 11 hari dok kt umh..sejak 23.7 hr tuh.besok pun bas pg..kol 10.30..aiyarkkk!!..wawa..!!!! assigment byk x siap lg...tensen deh..!! tp x per laa...lumrah blajar...balek ni dh kne study smart..sbb sebelum puase dh de midterm.
MySpace
kenela study pasni..tp cane la bebudak ni...ramai yg demam..
MySpace
alhamdulillah...wt mase skrg..aku sht2 sajer...walaupun hidup ni de terase sikit sedih...tp aku kuatkan semangat..
MySpace

p/s--> papepon...jumpe di kolej..!!
MySpace




2 komen kat sini !

Mengapa perempuan mudah menangis..??

Hari ni aku rase sedih...sampai menangis...

MySpace

x taw la knp..mayb hti rase sedih...lepas dh lega sikit,aku pon mengonline kn diri dpn laptop nih...dn aku terjumpa la artikel pasal perempuan yg betul2 istimewa..blh la kite kongsi sesame...check it out..!!!

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


hurmm..amacam..??? aku bangga krn diciptakan Tuhan sbg seorang perempuan..tersentuh jgk la biler aku bce artikel nih...sedih wooo...!!!

MySpace



2 komen kat sini !

keagungan seorang wanita...

Kebetulan..hari ni aku rajin lak nk surf tenet nih..sbb laju nyer pasal..pastu aku research la sal keagungan seorang insan bernama perempuan...check it out sesamer...!!!

MySpace

Alhamdulillah...aku syukur kerana diciptakan Tuhan sebagai seorang wanita yang telah diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam A.S

MySpace


  • - Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

  • - Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

  • - Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat

  • - 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

  • - Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya

  • - Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

  • - Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

  • - Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

  • - Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut

  • - Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat

  • - Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan

  • - Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya

  • - Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

  • - Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

  • - Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari

  • - Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

  • - Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji

  • - Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid

  • - Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

  • - Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

  • - Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa

  • - Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak

  • - Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga

  • - Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat

  • -Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

  • 0 komen kat sini !

    memori terindah...

    meh aku nk post pic2 aku mase zmn sekolah dlu.mase lawan nasyid peringkat daerah n mase aku wakil johor g sarawak....mmg besh..!!!!!!!!!!

    MySpace

    antara sebahagian daripada kemenangan yang diraih...

    bersama pemidato sekolah...

    hohoo...solo....

    pemain serba boleh...

    kat Sarawak....

    hohooo.....

    wif ma beshh fren mase sekolah...

    tp sedih...sume ni x kn berulang kembali..

    MySpace

    tp x pe...sume ni jd kngn paling terindah dlm hidup kite..

    MySpace







    0 komen kat sini !

    ♥ owner ♥

    Nur Liyana (Nana Chew)
    17 July 1990
    graduate-diploma in Law
    love singing, reading, watching movies
    now degree student
    cat lover

    ♥ chat cini ♥

    please chat nicely. TQ

    ♥ segala cerita ♥

    • ►  2014 (2)
      • ►  May (1)
      • ►  February (1)
    • ►  2012 (6)
      • ►  March (5)
      • ►  January (1)
    • ►  2011 (43)
      • ►  November (1)
      • ►  October (20)
      • ►  September (2)
      • ►  August (5)
      • ►  July (1)
      • ►  April (2)
      • ►  March (6)
      • ►  February (3)
      • ►  January (3)
    • ►  2010 (28)
      • ►  November (2)
      • ►  October (1)
      • ►  September (1)
      • ►  August (2)
      • ►  June (7)
      • ►  May (4)
      • ►  April (7)
      • ►  March (4)
    • ▼  2009 (28)
      • ▼  December (2)
        • Pengumuman...!!!
        • boring..!!
      • ►  November (5)
        • aku,dia dan kamu...
        • dugaan Tuhan...
        • Kubur memanggil 5 kali sehari...
        • tension kah aku..??
        • cute..!!
      • ►  October (4)
        • flash back...
        • final exam mariii...
        • will mish my cat..
        • curik-curik on9..
      • ►  September (3)
        • rahsia personaliti anda
        • kuih oh kuih...
        • kemalasan melampau...
      • ►  August (2)
        • Ramadhan datang lagi....
        • back to college..??
      • ►  July (7)
        • Mengapa perempuan mudah menangis..??
        • keagungan seorang wanita...
        • memori terindah...
      • ►  June (5)