-->
skip to main | skip to sidebar
NanaChew's blog ♥
welcome and drop ur comments here. with love, liyana

♥ penjejak ♥

cepat baca !

actually tkde yg penting pon
HAHA
aku nak bitau yg minggu ni aku balek johor
jumaat aku dah cuti sampai hari selasa

yeyyyyy !!! suka sangat !!!

then, jumaat malam tu jugak aku kena jaga kedai perfume pulak
sabtu pon .. ahad tk pat la sebab ikot mak gi kajang :'(

p/s --> penat jd student yg belajar sambil bekerja .. tp .. eh eh .. sejak bila aku minat bisness ni ? hehe .. ya Allah .. permudahkanlah bagiku segala urusan .. rezeki Mu ada di mana - mana .. aku yakin .. insyaallah .. SYUKUR NIKMAT.


2 komen kat sini !

betul

betul kate abg khai

i said : memang sepi je kan, abg ?

p/s --> maaf semua, skrg no point nk update blog .. blur gila .. tengah malam ni aku nak gerak ke selangor .. moga baik baik saje dan selamat sampai ke destinasi yg aku tuju .. aku bosan .. bawak diri jauh jauh .. bawak diri tengah malam lebih menenangkan ..
0 komen kat sini !

wanita itu ISTIMEWA

Menarik untuk lelaki tahu .. jangan pernah buat perempuan menangis ..

wahai Tuhan .. mengapa wanita sering menangis????

JAWAPANNYA :


kerana wanita ini unik..aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa..ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya..kulembutkan hatinya untuk menyimpan benih manusia..ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah..ku berinya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun..ku kuatkan batin nya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman.
Walau disakiti oleh orang yang dia sayangi

WANITA MAKHLUK KUAT

tetapi jika 1 saat dia menangis itu kerana ku berikannya airmata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru
2 komen kat sini !

anugerah

MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu


MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga


MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar


MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah


MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka


Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan


Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu


MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka

Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka


BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang

p/s --> anugerah daripada ALLAH pd sesiapa yg ingkar.
0 komen kat sini !

KHAS UTK PEREMPUAN SAHAJA !!!

MySpace

tipulah kalau perempuan je yg klik link ni .. lelaki pon mesti ada kan ? tu yg dok tersenyum senyum tu pasai pa ??? HAHA
aku nak kongsi 1 entry ni .. kebetulan kaum adam pon dh masuk ke blog aku .. korang kene la jugak baca .. jangan klik link X kt atas tu dh la (maksud aku button close) HAHA

okey okey .. proceed ...

SEKSAAN

balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya

dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya

betis .. peha .. dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira

seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran .. ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj .. baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan perempuan yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan perempuan itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan .. manakala faraj perempuan perempuan ingkar itu dimasuki oleh kala jengking .. lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek robek faraj perempuan perempuan itu sehingga hancur.

dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah .. baginda mendapati kesemua perempuan perempuan yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut rambut mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu .. tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempua perempuan ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut .. penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa .. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi .. perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat .. dalam satu pendapat .. 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia .. Itu rambut .. benda yang boleh dibilang .. sehelai demi sehelai.

p/s --> takot ? mesti tak takut lagi kan ? takpela. cube amek mase 5 minit muhasabah diri. aku pon jahat jugak. sekarang, aku cuba ubah yg mana perlu. untuk hidup aku jugak :)

1 komen kat sini !

amalkan ni selalu okeh !


dulu mase aku dok asrama since form 1 untill form 5 .. aku dah dibiasakan dengan baca al-ma'thurat ni selepas maghrib .. tp seeloknya :

baca sesudah solat subuh dan sesudah solat asar

Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut ..

KELEBIHAN MEMBACA AL-MA'THURAT

1 ) Tidak dihampiri syaitan
2 ) Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3 ) Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4 ) Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5 ) Selamat dari segala sesuatu.
6 ) Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7 ) Allah berhak untuk meredhainya
8 ) Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9 ) Terhindar daripada syirik.
10 ) Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11 ) Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12 ) Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13 ) Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14 ) Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

p/s --> dulu aku selalu amalkan .. then .. mase kt kolej aku stop amalkan benda ni .. afta grade .. aku harap benda ni berterusan aku amalkan .. amin :)

0 komen kat sini !

ni keputusan aku !

aku geram nih !!!

MySpace

rupenyer ade yg tk percaya lah dgn result aku semester 6 yg dah lepas berbulan bulan tuh ..
ingt aku tipu agaknya .. meh aku tunjuk kt kau yer .. aku bukan penipu even kadang kadang tipu jugak la kan ..

nah !!! puas hati ?? sign encik jeffri pon ade kt situ .. tak caye ley SMS dia .. HAHA

eh .. tak jelas ker ? meh aku crop lagi kasik ko nampak !!!


ni result dari transkrip diploma aku .. ko nyer pasal .. aku crop buat tatapan kau ..
harap kau puas hati la yer ...

p/s --> result aku ni tak gempak mcm orang lain .. utk puaskan hati orang ..kebenaran perlu ditunjukkan ..

2 komen kat sini !

lantak !

1 status fesbuk yg aku suka sangat :

" kadang-kadang apabila kamu menjauhkan diri dari seseorang, bukan kerana kamu berhenti peduli tetapi kerana menyedari bahawa dia tidak pernah menghargaimu "

p/s --> benar benar terjadi ...

6 komen kat sini !

yer, aku kidal !



FAKTA MENGENAI ORANG KIDAL :

--> Sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal.
--> Orang kidal tak semestinya parents diorang kidal jugak.
--> Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membaca terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej mesejnya.
--> Hari kidal sedunia disambut 13 ogos setiap tahun.
--> Lelaki lebih ramai kidal berbanding wanita .
--> Bagi perempuan yang mengandung , semakin berusia seseorang itu semakin tinggi potensi mendapat anak kidal.
--> Orang kidal mempunyai purata hayat 9 tahun lebih pendek dari orang biasa.
--> Orang kidal seorang yang kreatif. pandai lukis,tiru sign tangan,cipta kod gitar . BETUL !
--> hampir 5% orang kidal yang maut seluruh dunia disebabkan menggunakan peralatan yang dicipta untuk mereka yang tangan kanan.. (kebanyakkan mesin-mesin besar kat kilang banyak yang pemegangnya belah kanan.. cth gergaji letrik ke,mesin moulding,etc)
--> Orang kidal lebih cepat memproses beberapa rangsangan berbanding orang yang menggunakan tangan kanan. Hal ini juga membuat orang kidal lebih kreatif.
--> Orang kidal lebih mudah menggunakan kedua belahan otak untuk mengelola rangsangan, sehingga keseluruhan proses dan waktu respon lebih cepat.
--> Orang kidal memiliki mental lebih baik saat di usia tua dan saat proses otak secara keseluruhan mulai melambat.
--> Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal.
Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan bukan kidal.
--> Orang kidal juga dua kali lebih terampil dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
--> Orang kidal cenderung lebih pantas memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.


TOKOH-TOKOH KIDAL :

1 ) Presiden Amerika Syarikat
2 ) James A. Garfield ( 1831 - 1881 )
3 ) Herbert Hoover ( 1874 - 1964 )
4 ) Harry S. Truman ( 1884 - 1972 )
5 ) Gerald Ford
6 ) Ronald Reagan
7 ) George H.W Bush
8 ) Bill Clinton
9 ) Barrack Obama


TOKOH-TOKOH TERNAMA :

1 ) Aristotle ( ahli falsafah )
2 ) Mahatma Gandhi ( tokoh keamanan )
3 ) Isaac Newton ( saintis )
4 ) Albert Einstein ( saintis )
5 ) Henry Ford Jr ( automobil )

ramai lagi. nak tahu siapa ? KLIK SINI


KESUKARAN BAGI INDIVIDU KIDAL :

1 ) menulis di dalam buku tebal ( diari, buku laporan etc )
2 ) penggunaan peralatan lain ( gunting, senjata api, peralatan dapur, etc )
3 ) kerusi meja ( kerusi kuliah yang dicipta khusus untuk orang tangan kanan. maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada )


KELEBIHAN BAGI INDIVIDU KIDAL :

1 ) menulis dalam tulisan jawi lebih senang berbanding tulisan biasa
2 ) individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yg menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan


INDIVIDU KIDAL YANG DIPERCAYAI MEMPUNYAI KELEBIHAN DARI ASPEK :

1) teknologi maklumat

a ) Bill Gates

2 ) seni ( suara, lukisan, pertahanan diri / peperangan

a ) Saidina Umar al-Khattab
b ) Julius Caesar
c ) Napoleon Bonapartedan isteri
d ) Leonardo da Vinci

3 ) muzik dan hiburan

a ) Beethoven
b ) Oprah Winfrey
c ) Amitabh Bachan
d ) Tom Cruise
e ) Charlie Chaplin
f ) Nicole Kidman
g ) Marilyn Monroe
h ) Angelina Jolie
i ) Keanu Reevers
j ) Sylvester Stallone
k ) Asmawi bin Ani ( mawi af3 )
l ) Man Kidal
m ) Lisa Surihani ( kalau tak silap lah. hehe. )
n ) Jep Sepah

4 ) sukan

a ) Diego Armando Maradona ( bolasepak )
b ) Lieonel Messi ( bolasepak )
c ) Rafael Nadal ( tennis )
d ) John Mcenro ( tennis )
e ) Lin Dan ( badminton )
f ) Valentino Rossi ( lumba motosikal )


ISU MAKAN TANGAN KIRI ( ORANG KIDAL )

Rasulullah SAW bersabda :
" wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu. "
( hadith riwayat Bukhori Muslim )

pasal isu ni, ramai orang kidal makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu. ( aku la tu. HAHA )
orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu je. so .. makanlah guna tangan. ikut sunnah nabi :)

p/s --> bangga jadi kidal. syukur Tuhan kurniakan kelebihan yang 1 ni :)


6 komen kat sini !

harga air mata seorang wanita

MySpace

ketika Aku menciptakan wanita .. ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa .. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia .. namun harus cukup lembut memberikan kenyamanan ..

Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ..

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang orang lain menyerah .. dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ..

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak anaknya dalam setiap keadaan .. bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ..

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ..

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya .. tetapi kadang kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu ..

dan akhirnya .. Aku memberinya air mata untuk dititiskan .. ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila diperlukan ..

kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya .. susuk yang ia tampilkan .. atau bagaimana ia menyisir rambutnya .. tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya .. kerana itulah pintu hatinya .. tempat di mana cinta itu ada ..


2 komen kat sini !

rindu dia ni :(

my luvly twin .. azlin_azlinda

rindu adik adik aku .. moga kamu semua sihat sihat saja dengan atok yer :(
ade mase nt kita jumpa lagi :(
biarlah Tuhan saja yg tahu apa yg berlaku kan, dik ??
:(

p/s --> gambar sebagai pengubat rindu T_T

4 komen kat sini !

lawak sinis

mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

suatu hari pada masa sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. tiba-tiba masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

“ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ”

selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu .. lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata :

“ Ok Pak Iman , saya dah halau semua yang hipokrit , sekarang boleh lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ”

lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..
dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam .. hanya 20 yg betul-betul beriman

lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. kedua lelaki hanya membawa mesin gun .. dia tak kata pun nak bunuh .. tapi generasi sekarang .. amat lemah .. baru kena ugut terus lari lintang pukang .. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi ..

lawak .. ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. tu pun bila time sembahyang jumaat .. tunjuk muka kat orang kampung .. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. bila time sembahyang raya ..

lawakkan .. ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ..

lawakkan .. berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara .. akhirat adalah tempat yang kekal .. tapi berlumba-lumba mengejar dunia ..

lawak .. kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. tak cukup masa ..

dan lebih lawak lagi .. bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel artikel yang berunsur agama ..

tapi yg paling lawak sekali .. berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?

3 komen kat sini !

T_T

ya ALLAH ..
sesungguhnya ku bermohon padaMu jiwa yang tenang ..
percaya akan pertemuan denganMu ..
redha dengan segala kehendakMu ..
dan mencukupi setiap pemberianMu ..
dan janganlah Kau mengujiku dengan ujian yang tiada daya untuk aku hadapinya ..
sesungguhnya aku tak kuat untuk semua itu ..

sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu

2 komen kat sini !

rugi rugi rugi !

sungguh rugi orang yang diciptakan dengan rupa yang tampan .. namun tidak pernah membasuh mukanya dengan air mata taubat ..

sungguh rugi orang yang memiliki rupa yang cantik .. namun tidak menghiasi kecantikannya dengan iman ..
0 komen kat sini !

syukur aku seorang wanita

kita menjadi wanita yang paling anggun di mata ALLAH SWT .. di mana taqwa sebagai pakaian dan penghias imanmu ..

* dengan kecantikan yang kamu miliki lebih anggun daripada mentari
* dengan akhlak yang kamu miliki lebih harum daripada minyak kasturi
* dengan rendah diri yang kamu miliki lebih tinggi daripada rembulan
* dengan sifat keibuan yang kamu miliki lebih menyegarkan daripada hujan

maka dengan itu :

- jadikanlah taqwa itu bak pakaian batinmu .. nescaya kamu akan menjadi wanita tercantik di dunia meskipun pakaian lahirmu lusuh dan kusam
- jadikanlah rasa malu sebagai baju kurungmu .. nescaya kamu akan menjadi wanita paling anggun di dunia

p/s --> syukur diciptakan Tuhan sebagai seorang wanita :)

0 komen kat sini !

perlu rehat :(



sakit kepala lah bila fikir benda remeh temeh mcm nih ...
hadoiii .. berat kepala dah .. betol betol berat nih ...
mcm mcm benda taw tak .. tolong jgn buat mcm nih ...
makin hari makin tensen aku lah ...

naseb baik ALLAH sentiasa ada bersama .. tempat meluahkan segala tatkala aku tk punya siapa utk berkongsi masalah .. syukur lah, ya Tuhan ..


4 komen kat sini !

kenangan diploma part 2

hohohoooo

MySpace

tengok la cuci mata .. rindu pulak kenangan semua ni ..
gambar gambar ni masa aku 3rd year .. program utk carry mark la ni kirenyer .. HAHA

1- IJM Land. kt bandar Melaka
2- IPK Melaka

maap lah. gambar ni di crop. hikhik

PEACE !!! kt IPK melaka

before interview staff kt IJM Land ni utk subjek Undang-Undang Tanah.

lega biler dh settle beb ..

tanah tanah tanah ... huh ..
IPK melaka ( roomate kesayangan maaa )

mamat mamat macho .. macho kah ? HAHA :)

p/s --> rindu nk ke kuliah mcm dulu dulu ..

2 komen kat sini !

salam takziah :(

" maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu .. lalalalala "

tu ringtone fon aku .. sepupu aku EJAT kol .. ingatkan kenapa .. rupenyer dia bitaw aku, anak murid mak aku meninggal semalam sebab eksiden dgn trelar .. ( * tol tak aku eja trelar tu ) ..
ah..wat eva la .. bukan ejaan yg aku nk sampaikan .. huhu ..

dari ALLAH kita datang,
kepada ALLAH kita akan kembali

MOHD RIZAL BIN MOHD ZIN .. 19 tahun dapat merasa hidup di dunia .. walaupun aku tak kenal dia, tapi aku dpt merasa jugak kehilangan .. dia merangkap ex student mak aku tu .. meninggal kemalangan kt kelantan .. katenyer otw utk buat assigment .. insyaallah, malam ni jenazah sampai johor utk dikebumikan kt sini ..

takziah untuk keluarga arwah .. insyaallah nt kami datang melawat :(
semoga arwah tergolong dalam golongan para syuhada .. golongan orang orang beriman ..

berita lanjut di BERITA HARIAN ONLINE , KLIK SINI

p/s --> kami akan menyusulmu kemudian, rizal :(
AL-FATIHAH

3 komen kat sini !

kenangan diploma part 1

phewww ....
MySpace
adoooohaaaiiii ...
mishhh all dis moment
wif my luvly frens ...

* certain certain org jela .. bwerkkk :p

ni semua budak kelas aku je
( sori la gambo kecik .. tanak upload beso beso .. kang jatuh hati .. kihkih )

mase konvo .. kurus gemok kan aku ? HAHA
( sori la gambo kecik .. kihkih .. )

p/s --> hati tengah kecewa actually ..

1 komen kat sini !

kisah rumput dan orang yg kita sayang

Pada suatu pagi di sebuah sekolah ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am ..

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat cikgu?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas. Kemudian, kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi ..

p/s --> so sweet ^_^

1 komen kat sini !

jawapan pd persoalan itu

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita ..

kenapa semua ini terjadi padaku ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

kenapa terlalu berat ujian ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa ?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

bagaimana harus ku hadapi semua ini ?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

apa yang akan kudapat daripada semua ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

kepada siapa harus aku berharap ?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

berimankah aku ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

p/s --> Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

kredit to : iluvislam
2 komen kat sini !

pandanglah pasanganmu sebagai kesempurnaan


ade jumpa dlm 1 website ni :

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu ?

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami : Emmm…Baiklah

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing.

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka.

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku.. Bacalah. .

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula.

Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.

Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG.

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya. Memohon keampunan.

p/s : Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang. bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedua2nya berguguran dr celah jari tangan keduanya.

(hadith riwayat : Rafii)



1 komen kat sini !

♥ owner ♥

Nur Liyana (Nana Chew)
17 July 1990
graduate-diploma in Law
love singing, reading, watching movies
now degree student
cat lover

♥ chat cini ♥

please chat nicely. TQ

♥ segala cerita ♥

  • ►  2014 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  March (5)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (43)
    • ▼  November (1)
      • cepat baca !
    • ►  October (20)
      • betul
      • wanita itu ISTIMEWA
      • anugerah
      • KHAS UTK PEREMPUAN SAHAJA !!!
      • amalkan ni selalu okeh !
      • ni keputusan aku !
      • lantak !
      • yer, aku kidal !
      • harga air mata seorang wanita
      • rindu dia ni :(
      • lawak sinis
      • T_T
      • rugi rugi rugi !
      • syukur aku seorang wanita
      • perlu rehat :(
      • kenangan diploma part 2
      • salam takziah :(
      • kenangan diploma part 1
      • kisah rumput dan orang yg kita sayang
      • jawapan pd persoalan itu
    • ►  September (2)
      • pandanglah pasanganmu sebagai kesempurnaan
    • ►  August (5)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (28)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (4)
    • ►  April (7)
    • ►  March (4)
  • ►  2009 (28)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)