Manusia tiada yang beza , kalau kita rasa kita lengkap dalam aspek yang tertentu mungkin ada setengah aspek lagi kita akan terabai , tiada manusia yang dicipta adalah benar - benar sempurna . Kalau kita kata Milah tak pandai masak nasi , Jamal pula mesti tak pandai nak masak kemas rumah dan kerana itu kita hidup untuk saling melengkapi bukan untuk mendengki dan meninggi diri .
Kadang - kadang , apabila kita berada di atas kita sering terlupa bagaimana cara kita mendaki pada dahulu kala , kita terlupa semasa pendakian untuk mencapai puncaknya penuh dengan duri dan cabaran yang terpaksa kita lalui . Tetapi , apabila kita telah berjaya cabaran yang jerih mudah sahaja kita lupakan dan tiada langsung sikap untuk bersyukur kerana berjaya mengatasinya dan akibatnya akhirnya akan memakan diri .
Aku juga bukan manusia sempurna dan kita semua adalah sama , cuma apa yang kita ada untuk menjadikan diri lebih daripada mereka diluar sana adalah dengan menggunakan akal yang ada sebaik mungkin untuk berfikir dan bertindak secara rasional .
p/s --> belajar utk cuba muhasabah diri ! hee ! setiap orang ada silap sendiri yg sedar @ tidak :)
0 komen kat sini !:
Post a Comment