Definasi
Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.
Jenis-jenis Insomnia
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3
- Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
- Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
- Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-
- Krisis hidup atau tekanan "stress".
- Masalah bunyi sekeliling
- Suhu melampau
- Perubahan sekeliling
- Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
- Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
- Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
- Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
- Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.
Insomnia teruk (kronik) biasanya disebabkan oleh yang berikut:
- Kemurungan
- Masalah mental "Mania"
- Kerisauan "Anxiety"
- Masalah Arthritis
- Masalah buah pinggang
- Fibromyalgia
- Kegagalan hati "Liver failure"
- Masalah jantung
- Asthma
- Apnea tidur
- Narcolepsy
- Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
- Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
- Penyakit Parkinson
- Penyakit Alzheimer
- Hyperthyroidism
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) or ulcer
Insomnia kronik juga disebabkan oleh tabiat seperti berikut :-
- Penyalahguna kafin, alkohol, atau bahan lain.
- Gangguan kitaran tidur/jaga disebabkan oleh kerja shif atau aktiviti malam.
- Tekanan yang kronik.
Selain itu tabiat seperti berikut juga menyebabkan Insomnia pada sesetengah orang :-
- Menjangkakan akan mengalami masalah tidur dan risau
- Merokok sebelum tidur.
- Tidur berlebihan pada waktu petang atau maghrib.
Faktor meningkatkan lagi risiko mengalami Insomnia
Faktor yang boleh meningkatkan lagi risiko mengalami Insomnia adalah seperti berikut :-
- Umur melebihi 50 tahun.
- Jantina perempuan (terutamanya ketika dan selepas mengalami putus haid).
- Tekanan "Stress".
- Mempunyai latar belakang masalah mental seperti kerisauan atau kemurungan.
- Kesakitan melampau.
- Alkohol, dadah, atau ubat-ubatan tertentu.
- Waktu kerja shif yang berubah-ubah.
- Kegemukan "obesity".
- Penggunaan gabungan ubat-ubatan. Melebihi 1 jenis ubat.
1 komen kat sini !:
abs da 24 jam ko on9 ms.
kt blog aku ade tipsnyer.
wakaka.
Post a Comment